Sunday 26 August 2012

Warga emas putih mata barang kemas RM85,000 dikebas




KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang wanita warga emas yang hanya tinggal di Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi, di sini, mampu menyimpan barangan kemas yang dianggarkan mencecah nilai lebih RM85,000.

Namun tindakan mangsa sengaja menyimpan semua barang berharga itu di dalam bilik tidur, bagaimanapun mengundang padah apabila kediamannya dimasuki pencuri sebelum semua barang berharga terbabit dilarikan, semalam Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman (gambar) berkata, mangsa yang berniaga di Pasar Pekan Sungai Besi, di sini, hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati cermin tingkap rumahnya, di tingkat 14, pangsapuri PPR berkenaan dibuka dan palang besinya di bengkokkan. Menurutnya, mangsa yang mengesyaki rumahnya dipecah masuk segera membuat pemeriksaan dan terkejut mendapati barang kemas yang disimpan sejak beberapa tahun lalu hilang.


Artikel ini disiarkan pada : 26/08/2012

Minda: Membudayakan penulisan wasiat


RAMAI terkejut apabila dilaporkan bahawa nilai harta pusaka umat Islam di negara ini terpaksa dibekukan sejak sekian lama, dianggar mencecah RM42 bilion iaitu suatu jumlah cukup besar sekiranya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembangunan umat Islam di negara ini.

Peninggalan harta si mati yang terpaksa dibekukan ini adalah kerana ketiadaan penuntut yang berhak atau waris yang layak dan sah berikutan kegagalan diselesaikan pewaris apabila berlaku kematian di samping masalah teknikal dan birokrasi melibatkan undang-undang serta pewarisan. Isu ini saban tahun dibangkitkan dan jumlah harta dibeku berkenaan semakin bertambah dari semasa ke semasa serta nilainya juga terus meningkat. 
Masalah yang kian serius dan kronik ini berlaku ekoran faktor penyumbang yang antaranya ialah ketiadaan penyediaan wasiat yang sebenarnya merupakan satu instrumen pengurusan dan pentadbiran harta dalam Islam yang kurang difahami, dihayati serta gagal direalisasikan oleh umat Islam hari ini membabitkan harta benda. 

Ini kemungkinan besar kurangnya kesedaran terhadap penulisan wasiat ketika masih hidup serta sikap sambil lewa sebahagian besar masyarakat Islam terhadap pengurusan harta kekayaan mereka dan kadangkala isu wasiat juga menjadi topik yang cukup sensitif bagi sesetengah orang kerana ia berkait rapat dengan kematian, keretakan institusi kekeluargaan dan perebutan harta di kalangan saudara mara.
Minda: Membudayakan penulisan wasiat

Secara umum, harta yang hendak diwasiatkan oleh seseorang mesti tidak melebihi satu pertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli waris di mana penerima wasiat mesti bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka si mati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli waris lain.


Selepas kematian si mati atau pewasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ditolak dulu kos perbelanjaan pengebumian dan pembayaran hutang si mati. Wasiat juga boleh ditarik balik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuat kuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlu dibuat dalam keadaan secara sukarela. 

Oleh itu, perlu diingatkan bahawa harta yang dibekukan dan tidak berupaya digunakan adalah sangat tidak ekonomik serta merugikan semua pihak. Ini kerana harta yang dibekukan berkenaan tidak dapat dimanfaatkan untuk pembangunan dan kemaslahatan ummah di negara ini seperti harta wakaf. 

Keadaan yang berlaku ini melibatkan sejumlah besar harta dibekukan juga membuktikan umat Islam di negara ini sememangnya mempunyai aset yang kukuh untuk dilaburkan, tetapi malangnya terpaksa dibekukan kerana masalah kes tuntutan dan pewarisan yang gagal diselesaikan dengan sempurna. 

Menurut Amanah Raya Bhd (ARB), anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini dan kajian ARB juga mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta mereka didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian apabila berlaku kematian. 

Perlu difahami, Islam telah menyediakan platform terbaik untuk mengurus dan mentadbir harta secara lebih bijaksana dan efektif, namun ruang dan peluang ini tidak digunakan sepenuhnya oleh umat Islam masa kini. 

Oleh itu, sekiranya umat Islam masih memandang remeh berkenaan penyediaan wasiat ke atas harta di bawah milikan dan kawalan mereka, sudah tentu nilaian aset tidak dituntut umat Islam akan terus bertambah dan dibekukan pada masa depan. 

Kelalaian ini amat tidak ekonomik, merugikan negara dan ummah. Seharusnya aset bernilai ini ditadbir dan diurus sebaik mungkin agar ia bermanfaat kepada pihak yang memerlukan ataupun boleh disalurkan terus ke arah perkembangan dan kemajuan Islam di Malaysia. 

Di samping itu, terdapat beberapa kelebihan sekiranya kita membuat persediaan awal menyediakan wasiat sebagai suatu proses pengurusan dan pentadbiran aset di bawah kawalan dan milikan kita. Ini kerana ia dapat diselenggarakan dengan baik, efisien dan profesional dengan kos minima. 

Wasiat kita dapat diurus dan ditadbir oleh orang yang bertauliah seperti peguam dan ejen wasiat yang mempunyai kelayakan dalam mengendalikan segala urusan berkenaan wasiat merangkumi aspek dokumentasi, penyimpanan, pengurusan, pemeliharaan dan sehingga kepada urusan pelaksanaan wasiat itu sekiranya berlaku kematian. 

Proses tuntutan harta pusaka juga menjadi lebih cepat, mudah dan lancar dengan adanya wasiat yang sah dan ini sudah tentu dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan, perselisihan dan perebutan harta di kalangan waris yang berhak di kemudian hari. 

Kebiasaannya aset yang dilaporkan terpaksa dibekukan ekoran tidak dituntut pewaris yang berhak meliputi wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), simpanan di koperasi dan bank, kenderaan, hartanah seperti rumah dan bangunan, simpanan unit amanah, insurans dan takaful, pelaburan saham syarikat, saham amanah, harta intelektual, royalti dan banyak lagi. 

Sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian sewajarnya, ia akan memberi impak negatif kepada perkembangan ekonomi negara kerana aset tersebut beku dan tidak dapat dimajukan. 

Oleh yang demikian, langkah drastik perlu dilakukan bagi menerapkan kepentingan berwasiat dan semua pihak hendaklah peka mentadbir serta mengurus harta mereka melalui pembudayaan penulisan dan penyediaan wasiat di kalangan masyarakat secara menyeluruh. 


Penulis seorang peguam
Artikel ini disiarkan pada : 26/08/2012

Kemaruk Judi Online



Pernah mahu bunuh diri

KUALA LUMPUR: “Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup,” kata Helmi (bukan nama sebenar).

Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya.

Daripada kehidupan mewah sebagai ‘tauke’ restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat ‘langit dan bumi’ berbanding tiga tahun lalu.

“Semua kawan terkejut melihat kehidupan saya sekarang. Mereka tidak percaya apabila tengok saya hidup bergelandangan dan pernah tidur di bawah jambatan.


“Jika tidak kerana mengenangkan anak, mungkin saya tiada lagi di dunia ini. Saya bersyukur kerana iman masih kuat untuk menempuhi dugaan ini,” katanya sebak.

Membeli Emas Di Utara Semenanjung


Hubungi saya ditalian yang tertera di atas
untuk sebarang pertanyaan...
Kami juga sedia membeli silver dengan harga terbaikk...!!!

Samun 9 dulang barang kemas


SIASAT... pasukan forensik menjalankan siasatan di kedai emas selepas kejadian samun membabitkan senjata api.


SEREMBAN: Dua perompak bersenjatakan sepucuk pistol automatik melarikan sembilan dulang barang kemas dalam tempoh kurang lima minit di sebuah kedai emas dalam kejadian samun di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5 petang selepas dua suspek memakai topi keledar menyerbu masuk ke kedai emas itu ketika pekerjanya berkemas untuk menutup operasi.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook berkata, siasatan awal mendapati dua lelaki berusia 30-an datang ke kedai terbabit dengan sebuah motosikal dan berhenti di depan premis.

Beliau berkata, sebaik masuk ke kedai, kedua-dua lelaki itu meminta tiga pekerja di kaunter memasukkan barang kemas pelbagai jenis ke dalam beg dibawa sambil seorang daripada mereka mengacukan pistol.


“Ketika kejadian, ada lima orang di dalam kedai, termasuk seorang pengawal keselamatan yang tidak bersenjata selain tiga pekerja di kaunter kedai jam yang terletak bersebelahan.


“Ketika itu, pemilik kedai berada di bahagian belakang dan semua yang berada di dalam premis terpaksa menurut permintaan penjenayah terbabit demi keselamatan.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri bersama sembilan dulang barang kemas,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.


Lim berkata, tiada pelanggan di dalam premis ketika kejadian dan pemilik sibuk berkemas untuk menutup kedai.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) dan kerugian belum ditaksirkan.


Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan setakat ini suspek belum dikenal pasti.


“Ini antara kejadian samun terbesar setakat ini membabitkan kedai barangan kemas,” katanya.

Risiko pelaburan emas

Apakah yang perlu anda tahu sebagai pelabur...?

Soalan dan Jawapan


S: Siapakah yang mengawal selia pelaburan emas di Malaysia? Adakah Bank Negara menyelia atau mengawal selia perdagangan emas dan/atau perak di Malaysia...?


J: Membeli dan menjual emas atau perak tidak berada bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Bank tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti itu..

Bagaimanapun, jika skim pelaburan emas/perak dengan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip deposit daripada orang ramai dan pelabur dijanjikan pulangan pelaburan/keuntungan dalam tempoh masa tertentu, di mana pelaburan asal akan dibayar balik atau dalam erti kata lain, jika sebuah syarikat didapati terbabit dalam pengambilan deposit secara haram dengan menggunakan emas/perak bagi mengaburi aktivitinya, ia mungkin melanggar seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).


S: Jadi apakah yang perlu dilakukan jika anda berminat dengan apa yang kelihatan sebagai skim pelaburan eamas yang sah...?


J: Pelabur diingatkan supaya lebih berhati-hati dan meneliti risiko yang dikaitkan dengan pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh jangka pendek.


S: Sebagai bakal pelabur emas, bagaimana anda boleh memeriksa kesahihan skim pelaburan emas...?


J: Pelabur dinasihatkan memeriksa latar belakang syarikat dan kesahihan aktiviti dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan pematuhan undang-undang. Sebagai contoh, pelabur boleh menyemak dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan aktiviti perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat. Pelabur juga boleh menyemak rekod kewangan syarikat, termasuk keupayaan untuk membayar pulangan atas pelaburan.



S: Adakah terdapat apa-apa maklumat penting yang perlu diberi lebih perhatian jika anda ingin mengambil bahagian dalam skim pelaburan emas...?

J: Sebagai seorang pelabur, lengkapkan diri anda dengan maklumat sebanyak yang berguna misalnya, daripada CCM dan/atau syarikat itu sendiri dengan memberi tumpuan kepada:


  1. Laporan Tahunan yang sudah diaudit
  2. Memorandum Persatuan
  3. Borang 49 - Senarai Pengarah
S: Sebagai pelabur emas, adakah terdapat sebarang isu berhubung operasi syarikat yang harus anda perhatikan...?

J: Ya. Sebagai pelabur emas,anda dinasihatkan untuk bertanya soalan mengenai operasi emas syarikat yang ingin anda sertai pelaburannya.....
  1. Sumber emas - daripada mana syarikat mendapat bekalan ?
  2. Siapakah piahak berkuasa atau badan rasmi yang mengesahkan ketulenan emas ?
  3. Adakah sijil emas yang disediakan sudah disahkan oleh pihak yang berkelayakan ?
  4. Bolehkah ketulenan emas itu disahkan oleh tukang emas ?
  5. Mengapa syarikat menjual emas pada harga premium ?
  6. Adakah ada apa-apa pulangan yang dijanjikan kepada pelabur ?
  7. Bagaimana syarikat menjana keuntungan daripada operasi ?
S: Jika anda mempunyai bukti bahawa emas dibeli kelihatan mencurigakan, kepada siapa anda boleh mohon bantuan...?

J: Jika pelabur mempunyai bukti bahawa emas dibeli daripada syarikat pelaburan emas tertentu adalah berkualiti rendah, anda boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ini adalah kerana KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan kualiti produk.


S: Oh tidak!!..Anda sudah menjadi mangsa kepada skim pelaburan emas haram!!! Apa yang perlu anda lakukan...?

J: Anda dinasihatkan supaya :
  1. Membuat laporan kepada pihak polis atau laporkan perkara itu kepada agensi penguatkuasa yang berkaitan.
  2. Simpan semua dokumen berkaitan pelaburan seperti bank-in slip, slip deposit, perjanjian, sertan baucar yang anda telah terima dari syarikat atau pelaku keran ia boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat atau pelaku tersebut. Ini termasuk butiran pegawai atau orang penting dalam syarikat tersebut. Maklumat ini mungkin berguna untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.
Adalah lebih selamat sekiranya anda sebagai pelabur yang berminat untuk melibatkan diri dalam pelaburan emas mengambil langkah-langkah awal sebelum anda tertipu dan adalah lebih selamat kekiranya anda yang berminat untuk melabur dengan menyertai pelaburan emas fizikal di mana anda bayar dan anda terima emas anda....

Sekiranya ada kemusykilan atau sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan saya En. Ramzul ditalian 018-2911 562....Insyaallah kemusykilan anda akan saya berikan jawapan....

Friday 24 August 2012

Kedai emas dirompak: Pemilik rugi RM350,000



21/08/2012 6:18pm

MELAKA — Seorang pemilik kedai emas kerugian RM350,000 selepas kedai emasnya dipecah masuk perompak di Jalan PMS1, Plaza Melaka Sentral di sini, awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Supt. P.R. Gunarajan berkata, dalam kejadian antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, penjenayah memecah masuk kedai emas tersebut melalui pintu belakang kedai andaman yang menghubungkan tiga lagi kedai bersebelahan menggunakan pemotong besi.

Beliau memberitahu pemberita, pemeriksaan polis mendapati suspek kemudiannya memecahkan papan lapis yang berfungsi sebagai dinding pemisah antara keempat-empat kedai berkenaan untuk ke kedai emas tersebut.

Beliau berkata, perompak kemudiannya menebuk lubang pada peti besi empat tingkat yang menyimpan barang kemas kira-kira 15 dulang serta wang tunai berjumlah RM10,000. Bagaimanapun katanya, perompak tersebut hanya dapat melarikan barang kemas di tingkat pertama peti besi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM350,000.— BERNAMA

Sunday 12 August 2012

Bank ditipu RM75 juta


Bank ditipu RM75 juta apabila ada pelanggan cagar emas palsu....
Polis siasat penglibatan orang dalam....???
Kalau difikirkan logik akal memang confirm ada penglibatan orang bank sendiri...
ini disebabkan setiap barangan emas yang hendak di cagar akan diuji ketulenan 
dan gred emas tersebut oleh pegawai yang bertugas sebelum nilai gadaian dibuat...
Jadi bagaimanakah perkara di atas boleh berlaku...
Adakah pihak bank melantik seseorang yang tidak mahir dalam bidang emas...
Mustahilkan.....?????

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
Maaf Zahir & Batin
& Berhati-hati di jalanraya.........


Gold bar 999.9 Palsu


Pada masa kini terlalu banyak penipuan dapat kita saksikan berlaku di Malaysia...
Seperti gambar di atas, goldbar suisse 999.9 kelihatan seperti bentuk
sebenar dan susah untuk dibezakan dengan sekadar melihat sahaja...
Jadi berhati-hati apabila anda berurusan berkenaan perniagaan emas...
Pelajarilah ilmu mengenali emas...
Bagaimana cara-cara untuk menguji ketulenan emas dan
membezakan gred emas...???
Hubungi saya ditalian 018-2911 562 En. ZUL
untuk mendaftar sebagai pengedar sah Emas Kajang Trading 
dan kami menyediakan kursus percuma berkenaan EMAS dan
praktikal bagaimana cara untuk menguji ketulenan EMAS....

Thursday 9 August 2012

Anda ingin menjual silver lama??Hubungi ditalian 018-2911 562 En. ZUL...

Anda ingin menjual silver lama??
Tidak tahu di mana ingin menjual silver anda...???

Kami sedia membeli silver anda dengan harga terbaik...
Hubungi ditalian 018-2911 562 En. ZUL...


Silver 925 Berat 1400Gram

77 syarikat pelaburan tidak sah


Semoga dengan maklumat ini dapat mengurangkan 
jenayah penipuan pelaburan.

Bersama-sama kami di Emas Kajang Trading
Jadi pengedar sah Emas Kajang Trading 
untuk menambahkan pendapatan
Hubungi saya En ZUL
ditalian 018-2911 562 untuk sebarang pertanyaan...



Tuesday 7 August 2012

Surat Wasiat Harta



Kerana Harta Dunia Segalanya Sanggup Dilakukan.....
Tidak Mengira Siapakah Yang Dipersoalkan
Peringatan kepada diri sendiri dan anda semua:
Jangan terlalu sibuk mencari harta sehingga lupa kepada siapakah harta itu
akan diwariskan...
Tidak perlu menunggu hari tua kerana maut tidak mengenal usia...
Kerana harta dunia keluarga boleh berentakkan
Ibu atau bapa dianggap musuh
Adik-beradik bisa bercakaran
Bisa berbunuhan
Elakkan diri perkara ini berlaku kepada anda....!!!

Pentingnya Menulis Surat Wasiat


RAMAI terkejut apabila dilaporkan bahawa nilai harta pusaka umat Islam di negara ini terpaksa dibekukan sejak sekian lama, dianggar mencecah RM42 bilion iaitu suatu jumlah cukup besar sekiranya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembangunan umat Islam di negara ini.
Peninggalan harta si mati yang terpaksa dibekukan ini adalah kerana ketiadaan penuntut yang berhak atau waris yang layak dan sah berikutan kegagalan diselesaikan pewaris apabila berlaku kematian di samping masalah teknikal dan birokrasi melibatkan undang-undang serta pewarisan. Isu ini saban tahun dibangkitkan dan jumlah harta dibeku berkenaan semakin bertambah dari semasa ke semasa serta nilainya juga terus meningkat.


Lirik Lagu Balik Kampung – Sudirman




Lirik Lagu Balik Kampung – Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho…( 3X )
Hati girang
Ho ho… Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

7 cara pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda.




1. Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun.

2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) , pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan.

3. Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika anda mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman.

4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya.

5. Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami.

6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang.

7. Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang telah muncul pada 2012 ini, contohnya Dinar Emas keluaran Emas Kajang Trading,Goldbar 916 1gram Emas Kajang Trading dan pelbagai produk emas hiasan kelauaran Emas Kajang Trading...


Monday 6 August 2012

7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas


 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:

#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?

Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,

Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.

Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.

Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.

2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?

Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.

Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.

#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Syariah?

Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.

Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.

Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.

#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?

Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.

Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.

#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?

Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.

Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.

#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?

Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

#7 – Bolehkah saya membuat locking harga?

Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.

Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.

Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.

Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?

Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.

Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.

Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex yang kita bincangkan sebelum ini iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.

Terima kasih kepada para pembaca budiman yang bertanya. Soal jawab ini juga dapat digunakan untuk situasi jual beli perak dan juga matawang.

Cincin 1Gram (916) Harga Rm185 Per Gram Sahaja Boleh Pilih Saiz Berminat Sila Hubungi : 018-2911 562 - ZUL


Cincin 1Gram (916)
 Harga Rm185 Per Gram Sahaja
 Boleh Pilih Saiz
 Berminat Sila Hubungi : 018-2911 562 - ZUL

selamat hari raya aidilfitri 1433H


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
kepada semua muslimin muslimat

selamat berpuasa ramadhan 1433H

Selamat Berpuasa 
kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia
http://socialcam.com/s/hv6JcMF4

Sunday 5 August 2012

PROMOSI AIDILFITRI Goldbar 1gram Emas Kajang Trading



PROMOSI HARI RAYA AIDILFITRI 1433H bersamaan 2012

GOLD BAR 1GRAM EK 916(1pcs)=RM 185.00
GOLD BAR 1GRAM EK 916(5pcs)=RM 182.00
GOLD BAR 1GRAM EK 916(10pcs)=RM 180.00


Kebaikkan melabur dalam Emas Fizikal

                    Kebaikkan melabur dalam Emas Fizikal...
Melaburlah dalam Emas Fizikal....
Berita Harian telah melaporkan tentang penipuan yang berlaku dalam pelaburan emas...
Pelabuaran emas yang telah melanggar undang-undang Akta Bank Negara.... 
Pelaburan emas yang turut juga melanggar undang-undang Majlis Fatwa Kebangsaan....


Keratan akhbar Berita Harian

Wednesday 1 August 2012

Hati2 Tebus Emas 999 Di Ar-Rahnu Terkena Tebus Dapat Emas Palsu..

              Emas 999 Palsu yg ditebus di Ar rahnu






Kepada semua yg terlibat dalam perniagaan emas info ini adalah sebagai nasihat agar dapatlah berhati-hati sewaktu menebus emas di Ar rahnu kerana telah berlaku penipuan sewaktu rakan saya menebus barang seorang pelanggan..Gelang gajah 999 yg ditebus adalah barangan palsu...
Yang menghairan bagaimana pihak Ar rahnu mengistiharkan barangan tersebut sebagai emas...adakah pekerja di Ar rahnu terlibat dalam penipuan ini...
Pelanggan rakan saya adalah seorang wanita yg boleh di kategorikan sebagai makcik penipu...
Sampai bilakah makcik ini akan memberi makan anak2nye dengan duit haram....
Rakan saya telah mengalami kerugian sebanyak RM 10,600....
Pendapat yg agak lumayan kepada si penipu....kepada yg terlibat saya nasihatkan sedarlah dengan kesilapan yg anda lakukan...anda akan mati 1 hari nanti berbekalkan dosa penipuan yg telah anda lakukan...