Thursday 21 June 2012

ANDA INGIN MEMBUKA KEDAI EMAS & MEMERLUKAN BEKALAN PRODUK2 EMAS...!!!!
Hubungi saya di talian 018-2911 562 En. Zul....
ANDA INGIN JUAL EMAS...ANDA MEMERLUKAN WANG TUNAI SEGERA!!!!!!!!!!!!
Saya sedia membeli emas anda dgn harga tertinggi...!!!!! Emas terpakai,patah,rosak,lama,surat pajak, emas putih dan suasa....Hubungi saya di talian 018-2911 562 En. Zul.....

Wednesday 20 June 2012

Petikan kata2 mantan perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad...:
"Penggunaan DINAR & DIRHAM adalah sebagai usaha menegakkan ekonomi yang lebih adil & telus. EMAS & PERAK tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa."

hubungi saya di talian 018-2911 562 En.Zul ( agent sah emas kajang trading) — at Emas Kajang Trading HQ.

Tuesday 19 June 2012

Tarikh: 2012-01-02
Kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. 

Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). 

Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.

Tips Pelaburan Emas Fizikal !!!

Tarikh: 2012-01-27

1.Jangan laburkan kesemua aset tunai anda kepada pelaburan emas kerana anda mungkin memerlukan wang dalam tempoh masa segera di masa hadapan. Jika anda ingin menjual dalam keadaan 'kecemasan' sudah tentulah anda tidak mendapat tawaran harga terbaik.

2.Jangan melakukan spot gold/top up hutang setelah tempoh 6 bulan sampai. Bayar upah simpan dengan wang anda sendiri kerana anda boleh mengekalkan upah simpan lama jika anda membayar upah simpan dengan wang sendiri.

3.Cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak bank dan tidak menunggu sehingga 6 bulan. Anggaplah pembelian EMASsemacam bentuk force saving (simpanan paksaan) yang memberi keuntungan di masa depan.

4.Jangan terlampau mempercayai janji2 ejen jualan emas yang menjanjikan pulangan yang terlampau tinggi. Kenaikan harga emas setahun secara puratanya 30% setahun. Juga harus diambil kira sphread jual/beli(5-15%) dan juga upah simpanan arrahnu jika anda menggunakan 
perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.

5.Ingatlah bahawa setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, begitu juga dengan pelaburan emas. Jadi, melaburlah atas risiko sendiri dan janganlah menyalahkan orang lain diatas kegagalan.

Friday 15 June 2012

Jgn lupa hubungi sy di talian 018-2911562 En. Zul & hadiahkan emas sebagai tanda kasih pd ibu n ayah anda...
Anak Hadiahkan Emas Untuk Ibu,Ayah :

Ahmad: Ayah, Ibu Emas 1grm EMASKAJANG yang Aiman hadiahkan tu simpan baik-baik tau.

Ayah: Terima Kasih Ahmad, tapi tak mahal ke Emas tu Ahmad?

Ibu : Terima kasih Ahmad , Ibu nak tau juga ,banyak-banyak benda kenapa hadiahkan Ayah & Ibu .. Emas?

Ahmad: Ayah, Ibu tak mahal la Ahmad beli cuma RM 189.00, Ahmad beli pun sebab Ayah & Ibu belum mula beli & simpan Emas,kalau Ayah & Ibu dah faham pasal Emas lepas ni tiap-tiap bulan belikan Ahmad pula tau 1g pun cukuplah tapi mesti EMASKAJANG tau sebab 916, murah je..

Waktu nak jual balik pada company nanti pun
Ahmad boleh jual balik Dengan Harga tinggi pada company...Takpa Da Bukak Ke Da Rosak Ke Tetap Harga Tak Turun..

Ayah & Ibu : Ahmad jadi pengedar ke ?

Ahmad: Tak la Ayah , Ibu , kita tak perlu jadi pengedar, kita boleh beli harga tu , Ahmad kan nak beli Emas je , bukan nak berniaga :)

Surah Al-Kahf - ayat 19

Surah Al-Kahf - ayat 19...
“Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (Sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
Salah satu mukjizat Rasulullah SAW adalah Al-Quran

Mungkin di antara kita masih tertanya-tanya adakah wujud wang atau instrumen perantaraan di zaman moden ini yang langsung tidak terpengaruh dengan inflasi.

Jawapannya: “Ada! Iaitu wang yang mempunyai nilai instrinsiknya yang sama nilai dengan nominal iaitu dalam bentuk emas dan perak ataupun disebut dinar dan dirham.”

Kemudian mungkin di antara anda bertanya lagi, wujudkah perkara ini terjadi sepanjang kehidupan manusia di muka bumi ini? Benarkah emas dan perak kalis inflasi atau kuasa belinya stabil sepanjang zaman?”

Untuk menjawab perkara ini saya akan jelaskan sebaik yang mungkin. Insya Allah..

Saya telah teringat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam ceramah agama di masjid iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.

Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.
Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut.
Hal ini sudah tentu bukan kebetulan semata-mata, tetapi kerana kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah lain di dalam al-Quran bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah atau guide) didalamnya.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.

Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.

Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.

Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.

(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.

Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,

“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”

“Aphesus,” sahut penjual roti itu.

“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.

“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”

Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.

Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”

Imam Ali menerangkan:

“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda)

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa wang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!”

“Aku tidak menjumpai harta karun,” jawab Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu hasil dari hasil penjualan buah kurma berharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah berhala Diqyanius!”

Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa wangmu itu kepadaku?

Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?”