Tuesday 19 June 2012


Tips Pelaburan Emas Fizikal !!!

Tarikh: 2012-01-27

1.Jangan laburkan kesemua aset tunai anda kepada pelaburan emas kerana anda mungkin memerlukan wang dalam tempoh masa segera di masa hadapan. Jika anda ingin menjual dalam keadaan 'kecemasan' sudah tentulah anda tidak mendapat tawaran harga terbaik.

2.Jangan melakukan spot gold/top up hutang setelah tempoh 6 bulan sampai. Bayar upah simpan dengan wang anda sendiri kerana anda boleh mengekalkan upah simpan lama jika anda membayar upah simpan dengan wang sendiri.

3.Cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak bank dan tidak menunggu sehingga 6 bulan. Anggaplah pembelian EMASsemacam bentuk force saving (simpanan paksaan) yang memberi keuntungan di masa depan.

4.Jangan terlampau mempercayai janji2 ejen jualan emas yang menjanjikan pulangan yang terlampau tinggi. Kenaikan harga emas setahun secara puratanya 30% setahun. Juga harus diambil kira sphread jual/beli(5-15%) dan juga upah simpanan arrahnu jika anda menggunakan 
perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.

5.Ingatlah bahawa setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, begitu juga dengan pelaburan emas. Jadi, melaburlah atas risiko sendiri dan janganlah menyalahkan orang lain diatas kegagalan.

No comments :

Post a Comment