Surah Al-Kahf - ayat 19...
“Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka
(dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah
seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (Sebahagian
dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian
dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih
mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah
salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke
bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa
untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut
dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia
melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami
balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah
kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu
gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling
melarikan diri dari mereka dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh
gerun takut kepada mereka.
No comments :
Post a Comment