Monday 31 December 2012

Barang Kemas RM500,000 Lesap, 3 Penjenayah Tembak Polis



PARIT BUNTAR – Tindakan nekad empat anggota polis cuba menahan sekumpulan perompak sebuah kedai emas daripada melarikan diri hampir berakhir tragedi apabila kenderaan mereka ditembak dalam kejadian rompakan bersenjata di Pekan Baru, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, dua penjenayah bertopeng memasuki kedai emas terbabit melalui pintu hadapan dan mengarahkan tiga pelanggan di dalamnya beredar dari situ.
Menurutnya, sejurus pelanggan beredar, salah seorang suspek mengacukan senjata kepada salah seorang pekerja premis itu, manakala seorang lagi suspek memecahkan kaca meja pameran barang kemas menggunakan penukul.
“Setelah dipecahkan, suspek bertindak mengaut kesemua barang kemas terbabit ke dalam guni, manakala rakan suspek mengarahkan lima pekerja kedai itu duduk melutut.
“Mereka hanya mengambil tempoh 10 minit untuk merompak premis berkenaan sebelum melarikan diri dengan bantuan seorang lagi suspek yang menunggu di dalam sebuah kenderaan tidak dikenal pasti di hadapan premis itu,” katanya sewaktu ditemui media selepas melawat lokasi kejadian tengah hari semalam.
Kejadian itu menyebabkan pemilik kedai emas tersebut menanggung kerugian kira-kira RM500,000.
Tayar pancit terkena tembakan
Mat Fauzi berkata, sewaktu kesemua suspek berkenaan hendak memasuki kenderaan, mereka terlihat sebuah kereta peronda polis yang sedang menuju ke lokasi kejadian untuk menahan mereka.
Menurutnya, salah seorang suspek bertindak menembak ke arah kereta polis terbabit sebelum polis bertindak mengejar kenderaan suspek.
“Namun, usaha mengejar kenderaan suspek tidak dapat diteruskan disebabkan tayar kenderaan kereta peronda ini pancit akibat terkena serpihan tembakan senapang jenis ‘pump gun’ suspek.
“Suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan utara dan pihak kami sudah memohon bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) berdekatan daerah Kerian untuk membantu siasatan,” katanya.
Usaha buru suspek bermula
Mat Fauzi berkata, berdasarkan maklumat saksi, kesemua suspek berkenaan dipercayai berbangsa Melayu dan berusia lingkungan 30-an.
“Polis Kerian sudah meningkatkan tahap keselamatan di seluruh daerah ini termasuk mengadakan sekatan jalan raya di setiap jalan utama bagi memastikan suspek tertangkap.
Sementara itu, seorang peniaga, Ismail Abdullah, 62, ketika ditemui mengesahkan ada mendengar bunyi tembakan di luar kedainya dan terkejut apabila mendapati seorang pelanggan memasuki premisnya secara tergesa-gesa.

Selamat Tahun Baru 2013



MEMBELI & MENJUAL EMAS BARU & TERPAKAI..
SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI,PATAH,ROSAK,
EMAS PUTIH,SUASA,SILVER & PLATINUM...
MEMBELI DENGAN HARGA TERTINGGI..
TURUT MENYEDIAKAN 
KHIDMAT TEBUS SURAT PAJAK..
MODAL TEBUS DISEDIAKAN...
HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT
016-4080 441 / 018-2911 562
EN. RAMZUL

Sunday 30 December 2012

PEMBELI EMAS TERPAKAI SELURUH NEGERI KEDAH,PERLIS DAN PENANG 016-4080 441 EN. RAMZUL


MEMBELI & MENJUAL EMAS BARU & TERPAKAI..
SEDIA MEMBELI EMAS TERPAKAI,PATAH,ROSAK,
EMAS PUTIH,SUASA,SILVER & PLATINUM...
MEMBELI DENGAN HARGA TERTINGGI..
TURUT MENYEDIAKAN 
KHIDMAT TEBUS SURAT PAJAK..
MODAL TEBUS DISEDIAKAN...
HUBUNGI UNTUK KETERANGAN LANJUT
016-4080 441 / 018-2911 562
EN. RAMZUL

Thursday 27 December 2012

Wanita Rugi RM1,000 Setelah Rantai Emas Diragut


KOTA KINABALU: Kegembiraan sepasang kekasih meraikan Krismas di sebuah pusat hiburan berhampiran Luyang, di sini, bertukar episod malang setelah menjadi mangsa ragut seorang lelaki bermotosikal dalam satu kejadian awal pagi Selasa lepas.
Insiden yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 20an bersama teman lelakinya baru sahaja keluar dari pusat hiburan itu sebelum didatangi oleh seorang lelaki bermotosikal.
Mangsa dikatakan kerugian kira-kira RM1,000 setelah rantai emas miliknya dilarikan oleh lelaki terbabit.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata suspek dikatakan telah berjaya meragut rantai emas milik mangsa sebelum bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, pasangan terbabit berjaya mengecam nombor pendaftaran motosikal terbabit lalu melaporkan insiden itu ke balai polis terdekat.
“Bertindak atas maklumat, polis operasi menjejaki suspek dan akhirnya dapat mengesan seorang lelaki berusia 20an dalam keadaan mencurigakan di sekitar Kampung Air, di sini kira-kira jam 8 malam pada hari yang sama.
“Suspek berjaya ditahan polis namun demikian barangan milik mangsa gagal ditemui,” katanya sambil menambah, suspek berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana meragut.

Membeli Emas Di Seluruh Negeri Kedah 016-4080 441 En. Ramzul


Pembeli Emas di Arau, Kangar,Kuala Perlis, Jitra, Alor Setar, Sg. Petani dan Kepala Batas



Monday 24 December 2012

PEMBELI EMAS DI BANDAR PUCHONG, SHAH ALAM DAN KLANG 016-4080 441 EN. RAMZUL



MEMBELI EMAS PADA HARGA TERTINGGI..!!!!
KHIDMAT TEBUS SURAT PAJAK
AR RAHNU / BANK / KONVENSIONAL / KOPERASI
MODAL TEBUS DISEDIAKAN
JANGAN BIARKAN EMAS ANDA DILELONG
MASIH ADA BAKI WANG UNTUK ANDA
CALL @ SMS KE :
016-4080 441 / 018-2911 562 EN. RAMZUL

Membeli Surat Pajak Ar Rahnu Seluruh Malaysia 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


MEMBELI SURAT PAJAK AR RAHNU 
PADA HARGA TERTINGGI..!!!
HUBUNGI 016-4080 441 / 018-2911 562 
EN. RAMZUL

KAMI MEMPUNYAI EJEN-EJEN TERLATIH 
DI SELURUH MALAYSIA

Sunday 23 December 2012

Petua Sebelum Membeli Jongkong Emas ( Gold Bar )




























Emas adalah logam yang paling digemari wanita seluruh dunia.Lebih-lebih lagi, hari ini kebanyakan orang menganggapnya sebagai pelaburan yang terbaik. Fakta yang menarik mengenai emas ialah bahawa walaupun harga emas semakin meningkat hari demi hari dalam pasaran, orang ramai terutama wanita masih gila membeli logam kuning ini. Reka bentuk yang unik dan ciri ciri tidak ternilai permata emas menjadikannya disukai semua golongan masyarakat .Namun begitu, ia adalah agak menyedihkan bahawa kebanyakan orang tidak banyak mengambil berat terhadap pilihan untuk membeli barang kemas ataupun dan jongkong emas.Jika anda ingin membeli jongkong emas, anda perlu ingat perkara-perkara tertentu, kerana jelas emas adalah pelaburan yang besar dan mengambil masa yang panjang. Walaupun terdapat sejumlah besar kedai-kedai yang terdapat di pasaran yang menjual emas, namun tidak semua boleh dipercayai. Jongkong emas datang dalam pelbagai saiz,sebelum membeli, anda perlu mengesahkan saiz bar yang anda ingin beli. Selain itu, anda juga perlu membuat pilihan samada untuk membeli syiling emas, bar atau wang emas. Sentiasa cuba untuk membeli emas bergantung kepada bajet anda. Jika anda mempunyai wang yang cukup, ia akan menjadi idea yang baik untuk membeli jongkong emas untuk lebih menguntungkan masa depan anda.
Manakala untuk membeli jongkong emas diingat bahawa kedai yang popular tidak selalunya kedai yang terbaik. Jadi, mencari kedai yang terbaik untuk membeli emas tulen dengan kos yang rendah harus menjadi pilihan. Harga emas pula selalu berbeza dengan peniaga yang berlainan, ia adalah penting untuk memilih para peniaga yang terbaik untuk sebelum membeli emas anda. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas harga emas semasa, adalah dinasihat lawati laman web utama seperti Emaskajang.my.
Jika anda telah membuat keputusan untuk membeli jongkong emas, kemudiannya anda harus cuba bertanya dengan mereka yang arif dalam pelaburan emas dan pastikan anda membeli bar dan syiling emas yang disahkan assayor. Apa sahaja yang anda beli, tidak kira jongkong emas, syiling, permata atau apa-apa,pastikan anda tahu tujuan jelas pelaburan ini dan berapa lama target sebelum menjual kembali dan kemudiaanya setelah membeli, selalu layari website www.emaskajang.my dan dapatkan harga emas terkini setiap hari untuk menjual pada harga terbaik.
Selain itu anda juga bolrh terus menghubungi saya ditalian 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul untuk sebarang pertanyaan berkenaan Emas dan Surat Pajak.

Pembeli Emas dan Surat Pajak Seluruh Puchong 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


PASTI ANDA MENDAPAT HARGA TERTINGGI!!!!!

Pembeli Emas dan Surat Pajak Shah Alam 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


NIKMATI HARGA TERTINGGI DARI KAMI!!!!!

Pembeli Emas dan Surat Pajak Putrajaya 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


MEMBELI DENGAN HARGA TERTINGGI!!!!

Pembeli Emas dan Surat Pajak Cyberjaya 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


MEMBELI DENGAN HARGA TERTINGGI!!!!

Membeli Emas dan Surat Pajak Untuk Kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Banting dan Bagan Lalang 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


Jangkaan Peningkatan Harga Emas 2010/2012


SEGALANYA TELAH TERBUKTI!!!


Keratan akhbar di atas menunjukkan trend kenaikan harga EMAS dipasaran pada setiap tahun. Ini menunjukkan bukti bahawa masyarakat di Malaysia kursus telah mula menyimpan EMAS sebagai aset bernilai tinggi.
Namun begitu, sebelum anda menjadikan EMAS sebagai satu pelaburan untuk masa depan, anda dinasihatkan memahami terlebih dahulu bagaimana untuk menguruskan sumber pelaburan anda.
Jadi. untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya ditalian 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi ejen untuk Syarikat Emas Kajang Resources Sdn. Bhd. segeralah hubungi saya. Anda akan diberikan kursus-kursus berkenaan Ilmu Bijak Emas.

Saturday 22 December 2012

Membeli Emas dan Surat Pajak di Banting 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


MEMBELI EMAS DAN SURAT PAJAK
PADA HARGA TERTINGGI
MODAL TEBUS DISEDIAKAN
CALL @ SMS : 016-4080 441 / 018-2911 562
EN. RAMZUL

Perkhidmatan Tebus Surat Pajak 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul

Sekiranya Anda Mempunyai Surat Pajak Emas :

  • Bank  - Agrobank, Bank Rakyat. Bank Muamalat dan lain-lain bank yang menyediakan perkhidmatan pajak emas.
  • Ar Rahnu - Yapeim, Ar Rahn dan lain-lain.
  • Konvensinal - Kedai pajak cina.
  • Koperasi

dan anda tidak mempunyai wang untuk menebus EMAS yang anda pajakan

sedangkan tempoh pajakan anda sudah tamat...

Anda jangan bimbang kerana kami sedia membantu anda...
Jangan biarkan EMAS anda dilelong sedangkan masih ada baki WANG TUNAI untuk anda...

Hubungi Talian : 016-4080 441 / 018-2911 562
 En. Ramzul
Untuk keterangan lanjut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Surat Pajak Emas


Ramai pengguna berfikir bahawa pajak gadai merupakan cara yang mudah, selesa dan cepat untuk mendapatkan wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai. Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu/terpedaya.

Definasi:
a) Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pernbayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000 yang telah didahulukan. Sebagai contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pernbayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang barang sebagai pajak gadai. Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.
b) Pemajak Gadai
Akta mendefinisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan golongan di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak, misalnya tidak boleh diminta oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apaapa transaksi undang-undang.

Perlu Sentiasa Beringat
Semak tarikh luput. Anda tidak boleh menuntut barang selepas tarikh luput, kecuali kedai pajak gadai bersetuju memanjangkan tempoh berkenaan.
Selepas tarikh luput, semua barangan yang digadai yang nilainya kurang daripada RM200 akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
Semua barang yang tidak ditebus yang nilainya melebihi RM200 boleh dilelong oieh kedai pajak gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal daripada jualan barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tujuh hari sebelum urusan pelelongan.
Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai.Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan peleiongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.
Kedai pajak gadai adalah bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran.
Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.
Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pejabat Ketua Setieausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaaan Tempatan.
Jika anda kehilangan resit/ tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
Jika anda merasa bahawa gadaian anda berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan gadaian anda, buatlah aduan kepada majistret. Majistret mempunyai kuasa untuk memerintah kedai pajak gadai untuk membayar gantirugi yang munasabah.
Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan mempunyai lesen yang sah.

Contoh surat pajakan emas yang digunapakai oleh Bank-Bank, Ar Rahnu dan Konvensional 
( pajak cina ) :



Friday 21 December 2012

Membeli Emas & Surat Pajak Pada Harga Tertinggi..!!!


Sedia Membeli Emas & Surat Pajak
Pada Harga Tertinggi...
999.9, 999, 95.0, 91.6, 90.0, 83.5, 80.0 (paun), 
75.0, 58.5(emas campur), 37.5(suasa),
750(emas putih),375(emas putih).

Surat Pajak :
Ar Rahnu / Bank / Konvensional / Koperasi

Hubungi Talian: 016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul


Thursday 20 December 2012

Penebus Emas Di Ar-Rahnu Malaysia 016-4080 441




Kami Sedia Membantu Anda Yang Mempunyai Emas Yang Di Pajak..
Jika Anda Memerlukan Tunai Segera Kami Sedia Membeli 
Dengan Harga Tertinggi..!!

Jangan Biarkan Surat Pajakan Emas Anda 
Tamat Tempoh Begitu Sahaja.
Masih Ada Baki Wang Tunai Untuk Anda...
Sila Hubungi :016-4080 441 / 018-2911 562 En. Ramzul

Rumah mewah bertatah emas di Rusia


Rumah mewah yang bertatah emas ini terletak di sebuah pekan kecil berhampiran Moscow, Rusia. Pemiliknya adalah Vladimir Bryntsalov, beliau  memiliki perusahaan farmasi terbesar di Moscow. Rumah ini sangat megah dan sangat berharga serta jelas banyak wang. Hampir semua kelengkapan yang ada di rumah ini terbuat dari emas, tangga, plafon, pigura, lemari. Sekiranya rumah ini tidak dijaga dengan pengawal setia, confirm habis semua emas ini dikikis.

Syiling emas termahal didunia dipamerkan di London


Sekeping syiling emas yang dikatakan termahal didunia dipamerkan di kota London baru-baru ini, Syiling “Double Eagle” tersebut  dicetak pada zaman kemelesetan ekonomi paling teruk pernah berlaku di Amerika Syarikat.
Syiling bernilai 20 Dolar “Double Eagle” ini dipamerkan di Goldsmith Hall, london dikatakan bernilai hampir RM166,000 sekeping ketika dihasilkan pada tahun 1929 iaitu semasa kemelesetan ekonomi melanda Amerika manakala  perang dunia pertama pula meletus di Eropah. Ketika ini dipercayai hanya wujud 13 syiling seumpamanya manakala syiling-syiling yang lain telah dileburkan atau diproses semula sebelum berakhirnya zaman kemelesetan tersebut.
Pada tahun 2002, syiling “Double Eagle” ini dilelong pada harga yang memberansangkan,  mencecah USD7.6 juta atau RM22juta seperti dilaporkan Associate Presss (4/3/2012).
Syiling ini bernilai bagi meperingati kesusahan hidup dizaman kemelesetan ekonomi Amerika syarikat yang bermula pada tahun 1929 sehingga bermula perang dunia pertama (1941) , Kegawatan ini dianggap krisis ekonomi paling teruk pernah berlaku pada abad ke 20, ia berpanjangan kira-kira 20 tahun. Bayangkan…….


Fatwa dan Hukum Pelaburan Emas


Parameter Pelaburan Emas.
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

60 Fakta & Sejarah Tentang EMAS



1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.
57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
 60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.






16 Fakta Tentang Apa Yang Wanita Suka


16 Fakta Tentang Apa Yang Wanita Suka
Kaum wanita dan hawa sememangnya kuat sifat derianya, dari  hujung kaki ke hujung rambut :) Tu sebab kaum hawa akan mengambil masa yang lama untuk bersiap.. Betul tak?

Dan oleh sebab itu komplesiti dan sensitiviti wanita, mereka sangat sukakan benda-benda macam ni :

1. Bau-bauan yang wangi dan menyegarkan.

2. Warna-warna terang dan menyegarkan seperti bunga ros.

3.  Objek atau benda yang comel seperti teddy bear atau patung-patung kecil.

4. Pakaian yang penuh dengan ketelitian dan kehalusan seperti renda pada pergelangan tangan atau berlabuci/manik pada baju.

5. Barang kemas yang rekabentuknya menarik yang tampak bergaya dan elegan.

6. Makanan yang sedap, enak dan rasa unik, dibandingkan dengan lelaki yang belasah je.

7. Barangan bayi, kerana sifat keibuan yang merupakan sifat fitrah semulajadi wanita.

8. Puisi dan sajak merupakan yang menonjolkan kasih sayang dan rasa cinta.

9. Cerita, drama dan movie kisah romantik yang mengasyikkan.

10. Lagu-lagu jiwang kerana liriknya yang menceritakan hati kaum hawa.

11. Mendengar kata-kata manis dari diri lelaki untuk wanita supaya diri kaum hawa supaya rasa dihargai dan disayangi.

12. Dimanjakan dan dijaga dengan penuh kasih sayang.

13. Gosip dan artis kerana mahu mengetahui trend terkini dan selalunya dijadikan idola.

14. Shopping ! Mereka suka menyimpan koleksi supaya dapat kelihatan berbeza sentiasa.

15. Alat solek dan penjagaan kulit supaya kelihatan anggun dan berseri menjadi daya tarik pemikat kepada lelaki..

16. Kejutan ! bukan kejutan elektrik tapi suprise dalam bentuk hadiah, sambutan hari jadi atau sambung ulang tahun perkahwinan.

Tetapi tak semua di atas ni ada pada perempuan sahaja..Di era milenium ni lelaki pun ramai yang perangai cam perempuan dan sebagai seorang lelaki aku berpendapat tahap sosial perempuan pada masa sekarang khususnya di Malaysia semakin parah akibat dari pergaulan yang semakin bebas...

Apakah Emas Putih





Emas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih. Akan tetapi nilai belian emas putih adalah tinggi tetapi nilai jualan adalah rendah. 

Ciri ciri :

Ciri ciri emas putih biasanya berbeza mengikut jenis logam dan jumlah kandungan yang digunakan. Sebagai contoh, aloi yang menggunakan nikel biasanya keras dan sangat kuat, jadi ia boleh digunakan sebagai cincin atau pin. Emas putih yang mengandungi palladium lebih lembut dan fleksibel dan boleh dibuat untuk memegang batu permata.

Emas putih yang dikatakan putih itu sebenarnya berwarna kelabu seperti keluli. Ia perlu dirawat menggunakan logam rodium untuk membuat warnanya menjadi lebih putih.


Terdapat pelbagai pilihan barang kemas yang dibuat daripada emas putih dipasaran seperti pin, keronsang, rantai leher, gelang dan cincin. Pada masa sekarang, semakin ramai pasangan yang memilih cincin perkahwinan atau pertunangan yang diperbuat dari emas putih bagi melambangkan kesucian dan ketulusan ikatan tersebut.

Cara menjaga :

Emas putih disadur oleh logam rodium. Rodium mempunyai ciri ciri yang sama seperti platinum termasuk berwarna putih. Oleh kerana warna asal emas putih adalah kelabu cair, saduran rodium akan membuat emas putih berwarna lebih keputihan. Jadi, emas putih perlu disadur semula setiap 12 hingga 18 bulan kerana saduran rodium akan terhakis bersama masa.

Namun begitu, apa pun jenis emas putih yang anda pilih, emas putih sememangnya sangat cantik dan anda pasti bangga memakainya.

Fatwa Tentang hukum lelaki memakai emas putih :

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi negeri Selangor selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa seperti yang dinyatakan seperti dibawah :

1- Hukum bagi lelaki Islam memakai emas putih adalah haram.

2- Emas putih merupakan daripada pelbagai unsur loga iaitu emas kuning, tembaga, nikel, zink dan platinum. Kadar yang dicampur adalah lebih tinggi daripada unsur lain. [sumber : buletin alam suri bil 1/2007 - jabatan mineral dan galian]

Berikut, diperturunkan juga disini jawapan yang telah dihuraikan oleh Ustaz Zaharuddin (dari SINI) berkenaan dengan permasaalah hukum pemakaian emas putih oleh lelaki Islam :

SOALAN :

Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?

JAWAPAN :

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

“halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

“Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?

What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.
( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html)

Juga disebut bahawa :-

“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan

Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.