Sunday 26 August 2012

Risiko pelaburan emas

Apakah yang perlu anda tahu sebagai pelabur...?

Soalan dan Jawapan


S: Siapakah yang mengawal selia pelaburan emas di Malaysia? Adakah Bank Negara menyelia atau mengawal selia perdagangan emas dan/atau perak di Malaysia...?


J: Membeli dan menjual emas atau perak tidak berada bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia. Bank tidak mengeluarkan sebarang lesen kepada mana-mana syarikat yang ingin menjalankan aktiviti itu..

Bagaimanapun, jika skim pelaburan emas/perak dengan jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip deposit daripada orang ramai dan pelabur dijanjikan pulangan pelaburan/keuntungan dalam tempoh masa tertentu, di mana pelaburan asal akan dibayar balik atau dalam erti kata lain, jika sebuah syarikat didapati terbabit dalam pengambilan deposit secara haram dengan menggunakan emas/perak bagi mengaburi aktivitinya, ia mungkin melanggar seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).


S: Jadi apakah yang perlu dilakukan jika anda berminat dengan apa yang kelihatan sebagai skim pelaburan eamas yang sah...?


J: Pelabur diingatkan supaya lebih berhati-hati dan meneliti risiko yang dikaitkan dengan pelaburan emas sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh jangka pendek.


S: Sebagai bakal pelabur emas, bagaimana anda boleh memeriksa kesahihan skim pelaburan emas...?


J: Pelabur dinasihatkan memeriksa latar belakang syarikat dan kesahihan aktiviti dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan pematuhan undang-undang. Sebagai contoh, pelabur boleh menyemak dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat dan aktiviti perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat. Pelabur juga boleh menyemak rekod kewangan syarikat, termasuk keupayaan untuk membayar pulangan atas pelaburan.



S: Adakah terdapat apa-apa maklumat penting yang perlu diberi lebih perhatian jika anda ingin mengambil bahagian dalam skim pelaburan emas...?

J: Sebagai seorang pelabur, lengkapkan diri anda dengan maklumat sebanyak yang berguna misalnya, daripada CCM dan/atau syarikat itu sendiri dengan memberi tumpuan kepada:


  1. Laporan Tahunan yang sudah diaudit
  2. Memorandum Persatuan
  3. Borang 49 - Senarai Pengarah
S: Sebagai pelabur emas, adakah terdapat sebarang isu berhubung operasi syarikat yang harus anda perhatikan...?

J: Ya. Sebagai pelabur emas,anda dinasihatkan untuk bertanya soalan mengenai operasi emas syarikat yang ingin anda sertai pelaburannya.....
  1. Sumber emas - daripada mana syarikat mendapat bekalan ?
  2. Siapakah piahak berkuasa atau badan rasmi yang mengesahkan ketulenan emas ?
  3. Adakah sijil emas yang disediakan sudah disahkan oleh pihak yang berkelayakan ?
  4. Bolehkah ketulenan emas itu disahkan oleh tukang emas ?
  5. Mengapa syarikat menjual emas pada harga premium ?
  6. Adakah ada apa-apa pulangan yang dijanjikan kepada pelabur ?
  7. Bagaimana syarikat menjana keuntungan daripada operasi ?
S: Jika anda mempunyai bukti bahawa emas dibeli kelihatan mencurigakan, kepada siapa anda boleh mohon bantuan...?

J: Jika pelabur mempunyai bukti bahawa emas dibeli daripada syarikat pelaburan emas tertentu adalah berkualiti rendah, anda boleh membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ini adalah kerana KPDNKK mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas apa-apa pertikaian yang berkaitan dengan kualiti produk.


S: Oh tidak!!..Anda sudah menjadi mangsa kepada skim pelaburan emas haram!!! Apa yang perlu anda lakukan...?

J: Anda dinasihatkan supaya :
  1. Membuat laporan kepada pihak polis atau laporkan perkara itu kepada agensi penguatkuasa yang berkaitan.
  2. Simpan semua dokumen berkaitan pelaburan seperti bank-in slip, slip deposit, perjanjian, sertan baucar yang anda telah terima dari syarikat atau pelaku keran ia boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap syarikat atau pelaku tersebut. Ini termasuk butiran pegawai atau orang penting dalam syarikat tersebut. Maklumat ini mungkin berguna untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.
Adalah lebih selamat sekiranya anda sebagai pelabur yang berminat untuk melibatkan diri dalam pelaburan emas mengambil langkah-langkah awal sebelum anda tertipu dan adalah lebih selamat kekiranya anda yang berminat untuk melabur dengan menyertai pelaburan emas fizikal di mana anda bayar dan anda terima emas anda....

Sekiranya ada kemusykilan atau sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus dengan saya En. Ramzul ditalian 018-2911 562....Insyaallah kemusykilan anda akan saya berikan jawapan....

No comments :

Post a Comment