Thursday 10 January 2013

Dapatkah Pelaburan Emas Memberikan Pendapatan Bulanan ?
















Emas merupakan logam berharga yang diperolehi daripada sumber yang terhad dari perut bumi. Ianya memerlukan kos untuk mendapatkannya kerana melibatkan proses carigali. Kesukaran untuk mendapatkannya, ciri uniknya yang tidak boleh musnah, dan kekal lama serta kalis inflasi menjadikannya satu alat pelaburan yang menjadi permintaan serta diminati ramai.
Namun, apabila kita membuat pelaburan kita perlu tahu terlebih dulu apakah matlamat utama pelaburan kita.
Selepas itu barulah kita boleh pilih alat pelaburan yang sesuai untuk mencapai matlamat pelaburan kita tersebut.
Sebagai contoh, jika kita inginkan peluang pendapatan bulanan melalui alat pelaburan seperti emas, terdapat banyak cara, kaedah dan strateginya. (Saya ada menyatakannya secara lebih terperinci dalam ebook ‘Rahsia Pelaburan Emas Yang Menguntungkan’.
Namun secara asasnya jika kita melabur dengan membeli dan menyimpan emas, kita tidak akan berupaya untuk mendapatkan pulangan bulanan kerana emas itu sendiri tidak boleh menghasilkan sebarang pendapatan. Ini kerana ianya tidak akan berkembang dengan hanya menyimpan.
Sebaliknya jika kita inginkan pulangan secara bulanan, emas tersebut terpaksa kita ‘gerakkan’ atau dengan kata lain menjualnya dan mengaut keuntungan hasil daripada jual beli emas. Kemudian beli lagi dan jual lagi. Inilah yang dikatakan pelaburan dalam BISNES Emas.
Jadi jawapan kepada persoalan sama ada Emas boleh memberikan pendapatan bulanan, jawapannya hanya boleh jika kita menjalankan pelaburan dengan membeli dan menjual emas. Kita juga harus sedar dan tahu bahawa emas adalah berada dalam kelas aset ‘Capital Gain’ (Keuntungan Modal) dan bukannya ‘Cashflow’ (Aliran Tunai) yang boleh menjana pendapatan bulanan kepada kita dengan sendirinya.

No comments :

Post a Comment